السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Setiap kali sebelum solat, penulis akan membaca dan berdoa dahulu sebelum memulakan solat waktu. Perkara yang sebaik dibuat sebelum solat adalah membaca ayat-ayat berikut:
1. Astaghfirullaahal'azhiim, al ladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoy-yuumu wa atuubu ilaih (3 kali).
Maknanya:
"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar. Tidak ada tuhan selain Dia (Allah), yang hidup selamanya dan yang berdiri sendiri, aku mohon ampun kepadaNya."
2. Allaahummaa'inni 'alaa dzikrika wa syukrika wa husni 'ibbaadatik (3 kali).
Maknanya:
"Ya Allah tolonglah daku untuk menyebutMu, mensyukuriMu dan membaguskan ibadat kehadhiratMu."
3. Doa sambil mengangkat tangan sebelum solat
"Ya Allah, terimalah solat ku ini sebagaimana Engkau terima solat orang-orang yang Engkau kasihi".
Ada jugak diantara kita yang terus solat tanpa membaca apa-apa dan berdoa sebelum solat. Apa yang kita takut nanti sekiranya bertahun-tahun kita solat tapi tidak diterimaNya. Lakukanlah untuk kebaikan diri sendiri sebelum solat, moga-moga solat kita diterimaNya.
Ada seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,
"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu? "
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
1. Bertaubat.
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan.
3. Tidak tergila-gilakan dunia.
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak).
5. Tinggalkan sifat berbangga.
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu.
7. Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa s
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Sekian wasallam