Amalkan doa ini juga setiap kali selepas solat waktu semoga Allah SWT sentiasa memelihara diri dan ahli-ahli keluarga kita dari bahaya dan musibah. Kita tiada daya upaya mengawal sesuatu sekiranya berlaku kepada orang yang kita kasihi. Hanya kepada Allah SWT kita berserah.
Innee tawakkaltu AAala Allahirabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhithunbinasiyatiha inna rabbee AAala siratinmustaqeem
Maknanya:
Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Surah Hud ayat 56)
Sekian wasallam
No comments:
Post a Comment