السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Malam ini captain baru menyelesai satu email dimana seorang suami, isterinya telah terkena sihir ilmu pengasih dari seorang lelaki yang telah mempunyai 2 orang isteri sehingga isterinya sanggup melakukan curang terhadapnya.
Lelaki yang menyihir isterinya pula mencabarnya, jika ada pihak hendak menyerangnya secara batin, dia tidak takut kerana dia mempunyai pendinding diri. Masyaallah. Sudah ada 2 isteri masih nak kacau isteri orang. Manusia yang macam ni patut dilenyapkan dari bumi Allah ini.
Di kawasan sebelah sana ilmu-ilmu sihir masih kuat dipraktikkan lagi. Captain pernah bertugas di Kota Belud dahulu dan ilmu sihir selalu dikenakan kepada anggota tentera yang baru "posting" dari semenanjung terutama yang bermisai tebal.
Pada masa itu mana-mana anggota tentera kalau rasa ilmu di dada itu kosong, janganlah berangan nak simpan misai tebal. Nanti kalau kena uji oleh "si anon" boleh tumbang. Jadi lebih baik cukur habis sampai licin. Tak ada siapa nak uji kerana disana orang tempatan yang bermisai tebal kebanyakkan banyak pakai azimat dan pendinding. Banyak yang suka menuntut ilmu dari pak kiyai. Samada yang baik punya ataupun yang jahat punya. Itu kisah 20 tahun dahulu, mungkin zaman telah berubah tetapi manusia tetap tidak berubah. Bila ilmu ada sikit sahaja selalu nak uji pada orang lain.
Berbalik kepada masalah suami yang isterinya terkena sihir ilmu pengasih itu. Captain berdoa semuga rumahtangganya kembali pulih dan bahagia.
Cara merawat ahli keluarga, isteri, suami atau anak-anak yang terkena sebarang sihir dengan melakukan beberapa amalan ini:
- Solat hajat memohon pertolongan Allah SWT.
- Bacaan Surah Yasiin oleh pasangannya atau dari pihak keluarganya.
- Zikir setiap selepas solat - Ya Aziim sebanyak yang boleh sekurangxnya 100 kali.
- Membaca doa hilangkan sihir.
- Memandikan dan memberi minum pesakit dengan air yang dirugyah.
Diantara sihir-sihir yang paling kerap dikenakan pada kebanyakan mangsa masa sekarang iaitu Sihir Percintaan.
Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):
- Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.
- Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.
- Sukar mengawal cintanya.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta-tuli.
- Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):
- Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.
- Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.
Diantara doa yang baik dibaca pada mangsa:
Baca pada pesakit pada ubunnya sambil mengadap kiblat.
- istihgfar - 3x.
- selawat - 10x
- Al-fathah - 1x.
- ayatul kursi - 10x
- Surah Yunus, ayat 81-82 - 11x. (Doa utk orang kena sihir)
- Penutup doa selawat 10x.
Ulangkan 3/7 hari sehingga kesan sihir itu hilang.
Boleh dibaca pada air dan diberi minum serta mandi pada sebelah pagi dan petang sebelum masuk waktu maghrib. Pesakit hendaklah membaca selawat nabi - 10x, Ayat kursi - 1x Surah Al-ikhlas -1x, Surah Al-falak-1x dan surah Annas - 1x semasa dimandikan. Jika pesakit dalam keadaan teruk. Tukang mandi hendaklah membaca sambil meniup kebahagian kepala terutama ubunnya.
1. Surah Yunus, ayat 81-82
Maksudnya:
81. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.
82. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.
Wasallam.
EMAIL PENGIRIM INI SEBAGAI IKHTIBAR SUPAYA SUAMI-SUAMI DI LUAR SANA MENJAGA ISTERI DARI GANGGUAN MANUSIA YANG BERTOPENG SYAITAN YANG SANGGUP MERAMPAS BINI ORANG LAIN.
No comments:
Post a Comment